Wednesday 17 June 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2015




Sungguh sangat terharu dan bahagia sekali dengan menyambut datangnya Bulan Puasa Ramadhan . Bulan yang dipilih sebagai bulan yang sangat istimewa untuk melakukan ibadah berpuasa , melaksanakan kewajiban kita sebagai ummat muslim untuk menjalankan perintahNya .
Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat dan ampunan, yang sangat istimewa untuk ummat muslim di dunia. Dikarenakan di bulan puasa ini bulan diturunkannya Kitab suci Al-Qur’an, yang merupakan sebagai pedoman hidup bagi seluruh ummat manusia.

Yang dimana di bulan suci ramadhan terdapat suatu malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari pada seribu bulan. Diiringi dengan sebuah aktifitas ibadah shalat tarawih, memperbanyak bacaan Al-Qur’an, serta diakhiri dengan membayar Zakat Fitrah dan perayaan shalat Idul Fitri.

Sunday 31 May 2015

Sky Trek Shah Alam Extreme Level

Assalamualaikum dam Salam Pengakap

Pada 24 Mei 2015 bersamaan Hari Ahad lalu Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan Aktiviti Skytrek di Taman Botani Shah Alam Seksyen 8, Seramai 15 orang ahli Kelana C Gombak dan 10 orang luar yang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti kami bermula pada pukul 2.30 petang. Sebelum memulakan aktivti, senaman ringan dan Briefing oleh pihak Penganjur akan dijalan demi keselamatan peserta semasa menjalankan aktiviti.

Syarat Skytrek:-
Berat Max 100kg
Tinggi Min 140cm

Pelbagai halangan tali yang kami harus tempuh dan juga 8 kali Flying Fox sehingga sampai di penamat. Aktiviti ini sangatlah mencabar dan terlalu Extreame seronok untuk dilakukan.




















Tuesday 5 May 2015

Gunung Bunga Buah Challenge

Assalamualaikum dan Salam Pengakap

Pada 25 April 2015 bersamaan hari Sabtu yang lepas. Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan aktiviti Mendaki Gunung Bunga Buah. Alhamdulillah aktiviti in di sertai oleh 19 orang ahli pengakap Kelana.

Perjalan aktiviti berjalan tidak begitu lancar kerana kami hanya dapat menikmati 1/4 jarak pendakian sebelum kepuncak.

Ini adalah disebabkan salah seorang daripada ahli Kelana C Gombak ditimpa kemalangan dimana kaki beliau terseliuh sehingga tidak boleh berjalan. Setelah berdiskusi dan berbincang kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalannan bak kata pepatah - "Pergi sama-sama, Balik Pun sama-sama".

Walaupun perjalan trgendala, akan tetapi kesemua kami amat bergembira menikmati kesejukan Gohtong Jaya.














Tuesday 7 April 2015

VIgil Kelana Bersekutu Gombak 2015

Tahniah diucapkan kepada Ahli baru Kelana C Gombak. Kami menerima seramai 4 orang ahli baru.
Selamat maju jaya di ucapkan dan Salam Pengakap.





MENEROKA GUA TEMPURUNG & WATER TUBING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 29 Mac 2015 bersamaan hari Ahad yang Lepas, Pengakap Kelana C gombak telah mengadakan Aktiviti Meneroka Gua Tempurung dan Water Tubing. Seramai 20 orang ahli Kelana C Gombak yang menyertai aktiviti tersebut.

***Gua Tempurung is a cave in Gopeng, Perak, Malaysia. It is popular among spelunkers, or caving enthusiasts. More than 3 km long, it is one of the longest caves in Peninsula Malaysia.

4 jam perjalanan kami di penuhi dengan keasyikkan, keindahan dan keagunan ciptaan Tuhan. Dimana permandangan di dalam GUA itu trsangatlah tidak dapat dibayangkan. Pelbagai halangan yang terpaksa kami tempuh demi meneruskan perjalanan.

Selepas selesai Meneroka, kami diarahkan bersiap sedia untuk Aktiviti Water Tubing. Kami diarahkan untuk memakai jaket keselamatan dan topi keledar kerana air sungai yang deras dan menakutkan, tetapi semangat ingin tahu membuatkan kami lebih berani dan tidak takut untuk menempuh segala halangan.

Alhamdulillah, kami sangat Puas dan selamat sampai kerumah.