Sunday 30 December 2012

SAMBUNGAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TEMPLER PARK

 
Kepada semua ahli kelana C Gombak yang berlapangan bolehlah datang ke Templer Park untuk gotong royong membersihkan kawasan pada tarikh 1Jan2012 jam 8 pagi sehingga 5 petang.kehadiran anda sangat-sangat di alukan.

Aritu kiter ader aktiviti..time mereka sedang membersih..
Sekarang saya menjemut anda semua untuk hadir....
Kepada yang pergi sila inform saya.

Tuesday 25 December 2012

Pendaftaran Kelana C Gombak

Perhatian kepada semua Ahli Kelana C Gombak dan juga Bakal Kelana.

Pendaftaran kelana C telah dibuka, Kepada yang berminat silalah hubungi saya
ADAM (K.Krew) di 0133262758 atau pun dngan krew2 lain.
Pendaftaran dibuka kepada semua manusia yg beragama.

Pendaftaran : RM 10(wajib)

Lencana : RM 10(tidak wajib)
Baju Tshirt : RM 20(tidak wajib)

INDABA KELANA C GOMBAK IN PORT DICKSON

Assalamualaikum kepada semua ahli Kelana sekalian,>>>


Alhamdullilah selesailah sudah program indaba kami yang berjalan pada 24-25 hb yang lepas.
Seramai 14 orang ahli termasuk 1orang Pen.Pemimpin yang menyertai aktiviti ini.
Program di laksanakan dengan lancar , dan kami juga puas dengan makanan yang disediakan.

Pada keesokkan harinya kami, kami mengambil kesempatan untuk menikmati pantai yang indah.

Tetapi malangnya, gambar yang d ambil sangat tidak mencukupi atas kealpaan masing2.

Alhamdullilah Semua orang pulang dengan selamat.













Sunday 25 November 2012

LAGI SEKALI TEROKA GUA

Kami Kelana C Gombak telah meneroka Gua Batu Maloi!!!!

Pada 13/11/2012(Selasa/Deepavali) yang lalu, Pengakap kelana C Gombak, telah Membuat Ekspidisi Meneroka Gua Batu Maloi, Ekspidisi ini telah desertai oleh 25orang, iaitu terdiri daripada 24 orang ahli dan seorang Penolong Pemimpin(Sazmi Saharin).

Gua Batu maloi Terletak di daerah Johol, Negeri Sembilan. Berkumpul di NZ curry House Sekolah SMKSP, terus bergerak ke R&R Seremban untuk rehat semalaman. Kami bertolak kul 11.00pm malam deepavali.

Pada ke esokkan hari kami bertolak ke Gua batu Maloi. Kami di sambut dengan 1 orang Guide dan 2 orang peneroka Gua tersebut.

Diberi Sedikit taklimat sebelum masuk ke gua. Untuk pengatahuan anda semua Gua Batu Maloi ialah sejenis gua  berbatu granit bukan batu kapur.

Alhamdullilah Kami selesai Bergua pada jam 12.30pm dan semua orang selamat sampai..

Semasa Penerokaan :--

Banyak haluan haluan mencabar yang harus kami tempuhi. Sehingga memaksa kami membuat pelbagai aksi yang menarik.

Kami juga dapat mendalami suasana apabila dikelilingi kelawar = awesome

Ada halangan yang harus  menyelam untuk melepasinya = double awesome AKA sanctum

Kepada kelana2 lain kami rank Gua ini Sebagai   4 bintang

*for info :-
Ini laluan paling senang, ada lagi 4 level..

























Sunday 11 November 2012

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Kami dari kelana C Gombak mengucapkan SELMAT HARI DEEPAVALI kepada semua warga hindu.

Friday 5 October 2012

Lencana Kemahiran Kelana>>>

Kem Lencana Kemahiran 2012

Tarikh : 19 - 21/10/2012
Tempat : ULUYAM
Bayaran : RM15.00 seorang
Pakaian : Lengkap dari atas hingga kebawah
Kepada ahli Kelana C Gombak yang masih belum lagi mempunyai lencana Kemahiran kelana. Ini lah masanya untuk anda memperolehinya.....

Segala pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Sdr Adam Kol untuk tidakan susulan,harap maklum ....
Sekali berpengakap terus berpengakap.....

Saturday 18 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

Kami warga Kelana C Gombak dengai ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Jikalau ada tersalah bahasa, perkataan atau perbuatan harap maafkan kami. Semoga setiap Kesalahan ada Hikmahnya.


Tuesday 7 August 2012

IHYA' RAMADHAN SELESAI LAH SUDAH >>>>

Alhamdullilah Bersyukur kpd Allah SAW, Selesai lah sudah program IHYA' RAMADHAN sekali gus Dengan Majlis IFTAR....Disini akan diterangkan serba sedikit kesimpulan program yang telah di jalankan..:-

Pada 5 Ogos 2012 bersamaan  hari Ahad yang lepas Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan, program IHYA Ramadhan dan sekaligus Majlis Iftar. IHYA Ramadhan bermaksud menyemarakkan bulan ramadhan, apa yang telah kami lakukan ialah kami membuat derma kurma dan air kepada orang ramai, yang berlokasi di Stesen Telminal Putra Gombak dan Taman Melati Gombak. Kami berkumpul di sekolah seawal 3.00ptg dan diberi sesi taklimat perjalanan program.Program in disertai seramai 22 orang ahli pengakap Kelana dan 2 orang pemimpin.

Kami menerima banyak sumbangan dari segi kewangan demi menjayakan progarm ini, Kami menerima Sumbangan Daripada kelana E, Kelana G, Kelana C dan sesetengah individu yang sangat prihatin akan kenikmatan bulan Ramadhan. Terima Kasih kami ucapkan. Barangan yang kami beli ialah kurma 10kg dan juga 240 air tin.

Selain itu rakyat awam juga turut menyambut baik pemberian kami dengan lafaz terima kasih. Bukan sahaja orang melayu yang kami sumbangkan malah orang Cina, India, Iban, Kadazan dan Perancis juga kami sumbangkan. Inilah tataturcara orang malaysia.

Setelah selesai menderma kira-kira jam 6.00ptg kami bergegas ke bazar untuk berjalan-jalan. Kami membeli sedikit makanan berbuka hanya untuk mengisi perut. Pada pukul 7.30ptg, kami berbuka di masjid yang berhampiran dan berdekatan. Setelah Solat Maghrib, tepat 8.15mlm, kami bergegas ke Danau kota untuk porses pengiftaran...Menu tahun ini ialah steamboat sekali lagi dan makan sampai lebam.

Alhamdullilah, program berjalan dengan lancar, tiada cacat cela atau salah silap, Semua orang gembira dan semestinya kenyang.